Kempen Derma Darah datang lagi kat opis aku ni.Last time aku derma darah 6 tahun lepas, masa tu tak tahupun tengah mengandung anak ke-3.Lepas je derma darah, aku rasa pening dan nak pitam. Adalah 2 tiga ari, baru hilang.Period pun dah sebulan tak datang so ghupa2nya mengandung....
Semuanya ada hikmahkan, kita je tak tahu dan aku dikurniakan seorang hero..Semoga keberanian aku masa tu akan diwarisi oleh sang hero ni. Insyaallah..
Masa dicucuk tadi, kawan aku kata darah aku laju je.Nurse tu cakap pembuluh darah kita ni umpama longkang.Kalau besar longkang, lajulah dan aku pikir kalau besar dan tak tersumbat longkang baru lajukan...
Selain derma darah, ada gak pemeriksaan tulang.Alhamdulillah kandungan tulang aku sangat baik.Padahal lately selalu sakit-sakit badan.Aku pernah check di Homeopathy dan aku di kategori kekurangan iron.
Sebenarnya banyak yang dirisaukan bila umur dan nak bertukar angka ni.Apa-apapun aku sedar kita tak boleh lawan hukum alam dan ketentuannya. Selagi kita masih bernafas, selagi itulah kita perlu sayang kat diri kitakan.
Wednesday, December 14, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Urus Wang Ringgit Anda
Date
|
:
|
13 December 2011
(Tuesday)
|
Time
|
:
|
8.30am – 1.00pm
|
Venue
|
:
|
Room 9, 2nd
Floor
|
Shah
Alam Convention Centre (SACC)
|
||
No.
4, Jalan Perbadanan 14/9
|
||
40000
Shah Alam
|
||
Selangor
Darul Ehsan
|
||
Speaker
|
:
|
Puan Nur Azrienna binti Hussain
|
Credit Counselling and Debt Management Agency
|
||
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
|
Inilah julung-julung kalinya company aku ni ada talks macam ni.Memang bagus jugak untuk orang-orang yang baru mula menempuh alam pekerjaan.Orang macam aku ni bagus gak dengar walaupun rasa macam dah terlambat dan bagi-bagi mereka yang dah rasa terbankrap rupa2nya boleh pergi ke AKPK ni.Kat sinilah nanti dia advise dan dia akan tolong juga untuk ringankan beban dengan pelbagai cara.Kalau ada masa tu boleh datang ke Maju Junction untuk dengar talks setiap hari Sabtu 9.50am- 1.30am.
Monday, December 5, 2011
MBO Subang Parade
Anak-anak sibuk tak nak balik, nak bercuti lagi..plan-plan asal dari Melaka nak ke PD..tapi aku tak booking awal2.Silap besarlah rupanya hotel mostly fully booked so plan bertukar dia orang nak nengok movie.Aku sebenarnya kurang suka bawak anak2 masuk pannggung sangat tapi ialah majoriti nak sangat so ikut ajelah.
"Misteri Jalan Pulang". Dekat je kat MBO Subang Parade.
Tak menarik sangatlah cerita ni cuma rasa kelakar gaklah macam cerita ultraman boleh terbang-terbang dan penggunaan teknik CGI. Bagi aku teknik2 baru bagi filem-filem Melayu dan diselit-selitkan unsur2 kampung dan alam budian yang kebanyakkan budak2 sekarang tak tahupun alam budian tu ujud.
"Misteri Jalan Pulang". Dekat je kat MBO Subang Parade.
Sunday, December 4, 2011
Melaka Hebat...
Memang seronoklah cuti ke Melaka kali ni.Anak-anak dah besar dan memang berbaloi kalau bawak diorang ke negeri yang kaya dengan kisah-kisah sejarah.Ini pengalaman akulah, masa anak-anak kecik dulu dan tak tahu membaca,dia orang tak hargai sangat kalau pergi tempat-tempat macam ni.
Kami stay di Equatorial Hotel 4 hari 3 malam dan kebetulan pula ada kawan husband masa belajar di East London bekerja disana, dan yang paling menariknya pula rupa2nya kawan aku sama2 belajar di MRSM Jasin.Kecikkan dunia...
Banyak tempat-tempat menarik kerajaan Melaka bina kalau nak dibandingkan zaman masa aku sekolah-sekolah dulu.Misalnyakan seingat aku Sungai Melaka ni aku tak jelingpun kerana tak menarik lasunglah..tapi la ni sungguh cantik terutamanya kalau naik cruise waktu malam. Banyak lukisan-lukisan tentang sejarah dilukis dibangunan-bangunan lama dan aku suka sangat nengok perkampung Melayu "Kampung Morten".Korang tahu, semua rumah di Melaka ada lima anak tangga..dan yang paling best semua perbelajaan rumah2 dia orang ni di tanggung oleh kerajaan negeri. Mengikut kata pemandu cruise tu tak lama lagi nanti ada Kapal selam pulak.Memang Hebatkan Negeri Melaka.
Tempat- Tempat yang menarik dan bersejarah semuanya berhampiran dengan Equatorial ni,Dataran Pahlawan, Afamosa, Taming Sari, dan kalau nak relaks lagi naik beca je tapikan kesian gak kat pak cik2 yang bawak beca tu kalau naik bukit terpaksa turun untuk seret beca.

Equatorial Hotel
Taming Sari
Museum Kapal
Beca,Afamosa n Makam Hang Jebat
Sekitar Tempat bersejarah (Belakang Kapal Terbang tu Pokok Melaka)
Indori n Umbai ikan Bakar
Melaka Cruise
Wednesday, November 23, 2011
CenderaHati
Kata orang sayangkan anak tangan-tangankan dan kalau sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.Yea ke??kesian sang anakkan asyik kena tangan-tangan je...tapi kesian gak ngan si isteri asyik ditinggal-tinggalkan dan yang pasti kerja-kerja hal rumah tangga memang jatuh ketangan isterilah...hee..hee...Bagi aku apa-apapun dalam hal rumahtangga kita kena redha dan saling tolong menolong antara satu sama lain.
Ini, ada tu asyik merungut je laki tak pandai nilah..tak pandai tulah...tak tolonglah tapi bila fikir punya fikir yang kita ni perfect ke???pandai masak ke??pandai bergaya ke??cantik ke???Alamak...banyak jugak yang kita tak pandaikan??so renung-renungkanlah...
Sebenarnya tak ada apa nak cerita, mehlah nengok ole2 sebagai adiah aku ditinggal-tinggalkan.Terima kasih banyak2 pada sang suami,aku tak mintakpun tapi alhamdulillah rupanya dia tak pernah lupa pada isteri yang tercinta ni..
Handbag "Cole Haan"(Baru tahu ada brand ni)
" Victoria Secret perfume"(suka sangat wangi2)
Make up "Mac"(Actually kawan aku kirim bedak tapi aku yg dapat 1 set)
"Nike"(Cam perli je suruh aku exercise la ni)
Subscribe to:
Posts (Atom)