Monday, April 18, 2011

Macam mana ni???

 

Kerajaan Selangor serah semula tugas urus pembersihan kepada PBT

2011/04/18

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memutuskan untuk menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam yang sebelum ini dikendalikan Alam Flora Sdn Bhd kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal seperti pungutan sampah di setiap rumah masih lagi dikendalikan oleh Alam Flora.
"Kami putuskan kuasa untuk perkhidmatan pembersihan diberi semula kepada PBT kerana kita dapati antara masalah terbesar dan aduan yang kita terima adalah mengenai kebersihan.
"Kita rasa dua tugas itu terlalu besar untuk dijalankan oleh Alam Flora. Sekiranya Alam Flora menumpukan kepada pemungutan sampah saja kita lebih senang tahu tugas mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor di sini, hari ini.

Selain itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga mendapati Alam Flora lebih banyak bertindak sebagai koordinator dan menggunakan khidmat kontraktor untuk menjalankan tugas pengutipan sisa pepejal.

Beliau berkata, keputusan itu tidak memberi implikasi kepada kewangan PBT yang membelanjakan antara RM300 juta dan RM400 juta untuk kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal.

"Kita menganggarkan lebih daripada RM200 juta akan digunakan untuk pengurusan pembersihan," katanya.
Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor juga melihat pembahagian tugas antara Alam Flora dan sembilan PBT itu dapat menjimatkan kos pengurusan sebanyak 10 peratus yang selama ini dikenakan Alam Flora untuk pengendalian pengurusan pembersihan.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, pengambilalihan tugas daripada Alam Flora sepatutnya dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bermula 1 April tahun ini menerusi peruntukan undang-undang yang telah diluluskan.

"Peruntukan itu memberi kuasa kepada kementerian untuk menentukan tugas syarikat konsesi perkhidmatan sisa pepejal tersebut di setiap negeri di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara," katanya.

"Oleh kerana belum dapat diselaraskan lagi pentadbirannya jadi kementerian belum jalankan tanggungjawab itu. Sebab itu pada dua minggu lalu kerajaan Selangor telah buat keputusan untuk bahagikan tugas tersebut," katanya.

Abdul Khalid juga berkata, keputusan itu tidak bercanggah dengan perjanjian kontrak yang dibuat dengan Alam Flora sebelum ini.

Ditanya kemungkinan kerajaan Selangor akan menamatkan perkhidmatan Alam Flora selepas ini, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk berbuat demikian. - BERNAMA
 

Thursday, April 14, 2011

Sejenak di KLIA

Sabtu lepas hantar husband keKLIA. Lama gak husband tak outstation.Last tahun lepas gi Jakarta.Kali ni project di Budapest,Hungary. Ramainya orang kat airport ingatkan zaman2 ekonomi cam ni orang tak gi jejalan.Gpupa2nya anggapan aku meleset sama sekali.Ramai orang berduit dan berwangkan.

Dalam reramai orang tu ada tempat yang check in tak ade orangpun.Bahagian business class n first class so mudah je husband aku, tak payah q pun.Ialah nak harapkan gi sendiri naik first class jangan haraplah berkurun simpan duitpun tak sanggup nak membayor harga tambang je yang berpuluh2 ribu.Harapkan rezeki kerja jelah.

Rupa-rupanya naik MAS ni dapat rewards.Kalau kita kumpul point bebayak dapat convert tiket free so harap2 (asyik ber harap je..) nanti kami sekeluarga dapat merasa gi jejalan ngan tiket free ni.Dedulu husband aku tak tahu so rugi cam tu..kalau tak dah banyak point agaknya.


D'Masiv - Rindu Setengah Mati

aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

kembali ke reff

aku rindu setengah mati

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu
 
 
(he..he..yo yo je aku ni siap lagu lagi...lagipun lagu ni 
tiap petang aku 
satu family dengar 
dlm kejora dan bintang dan la ni si dia tak de so rasa2 rindu tu 
muncullah sikit2.) 

Tuesday, April 12, 2011

Happy Birthday Kakak 7.04.2011


Sorry Kakak..Umi lambat sikit nak loadkan N3 ni.Sorry jugak coz terpaksa tukar plan asal gara-gara Ummi tak ingat hari tuition korang.Sebenarnya dah plan nak gi Sari Ratu tapi last-last sambut birthday kakak kat Top Seafood je.Dari air muka kakak, Ummi tahu macam tak happy je..tapi apa-apapun kita kena bersyukurkan, ada orang tak dapat sambutpun birthday.Ini kakak still ada Ummi, Walid dan adik-adik.Lagipun ini merangkap birthday faiz dan sempena Walid nak outstation.Boleh jekan...

Masa balik tu..ada orang siap bisik ngan ummi nanti birthday dia tak nak sambut di Restoran seafood..
Hai budak-budak sekarang..aku dulu dapat makan kat restoran je dah raya sedap dah.

Friday, April 8, 2011

The New Muhibbah

Sunyi gak rumah weekend lepas coz fatin n farah ada program kem ibadah di Sekolah aunty Maria di Bukit Antarabangsa.

So Petang tu bawak 2 orang ni je gi survey2 beli kamera. Akhirnya beli Digital kamera brand Lumix Panasonic. Awat tak beli yang DSLR ke? Husband aku ni bukannye jenis suka bende-bende cam ni. Ialah lain orang lain kot.

Lagipun aku tahu dia malas nak amik2 gambo ni..dan akupun sama malas nak pegang benda2 berat masa jejalan. Hee..he..itu akulah, so end up dgn digital kamera jelah yang ringan dan senang nak dibawa kemana-mana.
Lepas tu we all terjah makan di Muhibbah.Ghupa2nya tempat baru ni berhampiran dengan tempat majlis perkahwinan anak arwah ayah Dha.

Kedainya boleh tahan besar tapi macam makan kat kantin sekolah je..coz open sangat . Apa-apapun makanannya memang sedap.Seperti biasalah menu faberet  kami sekeluarga ialah Daging Blak Paper, Udang sambal petai and Asparagus goreng belacan.

Sunday, April 3, 2011

Emas Oh Emas

Emas..makin hari semakin naik.Adoi.. bila kenang-kenangkan emas2 aku yang hilang memang sedih bangat. Baru- baru ni aku temankanlah Ibu Yah ke Wah Chan. Dia dah lama nak tambah koleksi cincin..ari tu masa balik T'ganu tak sempat nak nengok2. Akhirnya tercapai gak hasrat nak pakai cincin, sampai 3 bentuk plak tu..Masa beli ni harga emas 157 tapi Wah Chan bagi potongan 2 hinggit.


Bolehlah kebetulan Ibu Yahpun nak sambung berkhidmat ngan kami sekeluarga lagi so apa salahnya aku jadi banker.Dia nak beli sekaligus tak mampu so sikit2lah. Apa lagi ibu..kiranye dah lengkap 1 badan ni...rantai, gelang semua dah ada..berbaloi gakkan keje sini...

Mula-mula tu teringin nak tukar koleksi aku ni tapi pk punya pk aku rugi sebenarnya..dahlah dapat barang yang kurang berat dan kalau nak barang yg sama berat aku kena tambah almost 1k lagi...memang tak berbaloi..

Punyalah semangat nak tayang kat Fatin, Last2 Fatin kata cam Zulian je....he.he....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails