Thank you Allah for the another year..
The one I love the best,the one i valued above the rest..
Is the love that Allah gives to me..
Through the love of my family..
Tuesday, March 17, 2015
I am Seven...
Sunday, April 20, 2014
Ummi...Hari ni Birthday Faiz lah...
Sekali lagi aku diuji..
Diuji dengan kelupaan dengan birthday anak2.Mungkin bagi aku kecil je tapi besar maknanya bagi anak2.Sorry Faiz ..and terima kasih farah kerana ingatkan tarikh 20 April.
InsyaAllah semua mendoakan Faiz berjaya didunia dan akhirat..
Friday, April 18, 2014
Best Western prima inland resort
Wow..panjang nyer nama resort ni..actually dulu2 dikenali sebagai Tiara Beach Resort.Cuti sekolah bulan 3 baru2 ni kami sempat bawak budak2 ke PD..percutian kami yg terdekat.Tahun ni banyak sangat dugaan melanda dengan pak mertua sakit so hati memang tak tenang untuk bercuti jauh2.Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.
Thursday, April 10, 2014
Birthday Kakak 7 April
Kakak: Ummi ingat tak hari ni??
Ummi: Hari ni? Kenapa?
Kakak: Birthday kakaklah...
Ummi : Happy birthday kakak...
Bila kita di kejauhan memang merindui sangat ucapan2 dari yang tersayangkan..
sorry kakak...ummi pepagi memang kalut nak pi kerja dan siapkan adik2 kebetulan hari isnin pulak tu...
Apa2pun ummi doakan anak ummi berjaya didunia dan akhirat..luv n miss u....
Saturday, February 22, 2014
Wednesday, February 19, 2014
Roti..Roti
Sebenarnya malu nak post percubaan pertama setelah amik kelas buat roti.Inipun atas permintaan sifarah..mungkin boring asyik belajar aje dan weekend tu kami tak kemana cuma sempat ziarah pil di ijn.
Seronok depa2 ni membentuk roti sehinggakan ada yg nak bukak kedai bakerylah dan yg bujang plak tetiba bercita2 jadi chef.
Apa2pun practice make perfect..pokok pangkal kena rajin.
Tuesday, February 18, 2014
Jalan2 Kota Bahru
Kami stay di holiday villa.Kecik je hotelnya tapi mudah untuk memborong diwakaf che yeh.Tempat makan pun dekat.
Tempat makan banyak yg glamer di KB ni tp jangan terkejut, tempat mkn dia biasa2 je bukannya restauran mewah:
Breakfast best kat kedai kopi din tokyo or kedai kopi white house.
Ada Pizzeria Traudi, restoran itali halal. Owner org perancis muslim.
Kat KB wajib pergi restoran Yati ayam percik, By-T laksam, n restoran Zakini nasi kukus.
Jika nak mkn thai food bolehlah singgah di Sri Chengmai,
Kalau nak makan ikan bakar pula di KST ikan bakar dan makan lunch di Kraftangan.
Haa..sebenarnya bila berjalan ni dlm otak ingat makan je..
OKlah kami sempat ke pengkalan kubor..cuma beli toto, coklat..kacang2 n beg2 palsu tuk budak2..
Pagi terjah ke pasar siti Khadijah dapatlah belikan beras kiriman mil.Itu jelah..sebenarnya ini lawatan kedua kami disini..dulu2 masa fatin n farah kecik lagi dan diaorang dah tak ingatpun pernah jejak kaki ke sini.
Thursday, January 23, 2014
Wednesday, January 15, 2014
Roti jala Kuah Durian
Masa balik nilai hari tu mak aku bagi durian.Dia kata durian dari kebun arwah atok aku.Mak n abah batuk so tak ada org nak makan.Tetiba terpklah pulak roti jala n kuah durian so sempena cuti maulidur rasul, aku gagahkan juga menjala ni dengan dibantu oleh mek farah n mek ajeen..
Resepi senang je 2 cwn tepung..2 cwn santan,1/2 air,2 biji telor dan sedikit pewarna kuning..lepas tu blend...inilah hasilnya..sorry yea jala aku x cantikk....
Monday, January 6, 2014
Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu
Hotel Tabung Haji berdekatan dengan lapangan terbang Kuala Terengganu.Sebenarnya hotel ini didirikan untuk kemudahan jemaah haji dari pantai timur so mereka tak perlu untuk datang ke kl kerana penerbangan akan terus dari Terengganu.Agak besar juga hotel ni dan yang menarik kolam renang dia ala2 mini team park. Kami sempat bermalam di sini sebelum hantar kakak balik ke asrama dan sempat juga jalan2 makan ict(ikan celup tepung) di teluk ketapang.
Thursday, January 2, 2014
School holiday Dec 2013
Hanya di KL..kami habiskan masa bersama..ummi off masak..pepagi dah keluar.Penat memanglah penat tp tiada saat yg paling indah selain bersama keluarga tercinta.
Sunday, December 8, 2013
Island Bbq Steamboat
Bawa anak-anak makan di Island bbq steamboat di kg.melayu subang.Inilah first time diorang mencuba makan2 ala2 kena masak sendiri.Mula-mula tu cam kecoh je..nak pergi amik sendiri..aku yang nak tension plak tapi lama2 skit diorang happy n dah boleh handle sendiri.
Ok gak style makan macam ni untuk budak besar2 anak aku,sedikit sebanyak diorang belajar untuk berdikari.
Tempat ni glamour gak rupanya ramai yang dari jauh2 dah sampai.Kiranya kami yang dekat ni yang agak ketinggalan.Emm..kat sini rupanya ada 3 sessi..sessi pertama pukul 5pm-8pm,kedua 8pm- 10pm dan ketiga 10pm-12 pm.Mula-mula pk sempat ke 8-10 tp pukul 9.30 pm we all dah balik coz kenyang sangat.Harga dewasa 21.90n..dan kanak2 umur 6-12 ialah 9.90.
Monday, December 2, 2013
Merisik
Pertama kali bertandang kerumah orang untuk merisik.Merisik untuk adik ipar yg last.Alahai terasa diri semakin berumur.Masa aku kawin dulu,baru darjah 5 dan bila teringat muka dia dikala itu tak sangka sekarang dah nak kawin.
Bertemu dengan orang kuantan.Cerita punye cerita rupa-rupanya asal usul orang Pekan dan mil akupun asalnya dari pekan.Alhamdulillah tercapai juga impian mil nak bermenantukan org ala2 pantai timur.Pandai masak, comel dan bergaya orangnya.Semoga impian Ham dan sidara akan termakbul dan dipermudahkan olehnya.
Orang2 tua je yg sempat bergambar..takpelah aku tempek gambar di Zenith hotel.Hotel yang dah jadi macam pasar almaklum cuti sekolah tp siapa2 yg sambung cuti di Kuantan kesian..keesokkannya Kuantan banjir.
Thursday, November 28, 2013
Grand Puteri Kuala Terengganu
Cuti Deepavali hari tu kami sempat melawat fatin n bawak dia bermalam di Kuala Terengganu.Terubat rindu walaupun baru je balik bercuti raya haji 2 minggu.
Betullah orang kata kalau jauh2 bertambah rindu dan sayang.
Sempatlah jalan2 dibandar terengganu ni,kebetulan hotel yang kami duduk tu berdekatan dengan pasar payang so mudah sangat.Jalan kakipun boleh tapi kalau dah bawak barang banyak baik naik beca aje.
Review tentang hotel...Ehmm..bilik agak terhad juga keluasannya tapi harga memang murah dan nett pulak tu.Kolam renang plak ada 2 bahagian untuk orang lelaki n untuk perempuan tapi mana2 boleh masuk...tak ada orang marahpun..
Yang kelakarnya orang terengganu panggil hotel ni hotel Wakaf...kalau wakaf patutnya freelahkan.
Agro Resort Setiu
Wednesday, November 27, 2013
Tanjong Vista Kuala Terengganu
Asrama
Alhamdulillah setelah hampir setahun menunggu akhirnya berpeluang jua mendapat tawaran,walaupun jauh,itulah yang dikatakan rezeki.Allah permudahkan semuanya.Rugi kalau tak terima.












